RSS

Khasiat daun salad dalam pemakanan seharian

 

Daun salad kerap dijadikan hiasan hidangan dan tidak mustahil ramai orang akan mengenepikan daun salad dari memakannya. Tahukah anda daun salad bukan sahaja digunakan untuk menghiaskan makanan, malahan juga enak dimakan begitu sahaja.
Sebenarnya peranan salad bukan sahaja untuk hiasan makanan kerana daun ini juga mempunyai kepentingan dari segi perubatan. Daun salad atau nama saintifiknya Lactuca sativa, merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur. Tumbuhan ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, mangnasium serta zink itu mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai lactucarium yang bertindak sebagai sedatif
 
Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus dapat menghilangkan segala keresahan yang melanda. Daun ini juga mengandungi karotin, serat dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan.

Petua diet salad :
  •     Tambahkan sedikit khasiat protein seperti ikan, tenusu dan daging 
  •     Pilih minyak zaitun dan makanan yang kaya dengan khasiat omega 3 
  •     Elakkan penambahan bahan-bahan berasaskan tepung
  •     Hadkan penggunaan bijirin
  •     Jangan tambahkan gula di dalam hidangan salad
  •     Pastikan makan buah-buahan sekurangnya sekali sehari
  •     Kurangkan penambahan kekacang dalam hidangan salad
  •     Elakkan penambahan makanan berlemak

Menu di Zam burger Bakar & Western Foods yang menggunakan daun salad :



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Internet