RSS

Menu Istimewa Ramadhan : Smoked Honey Chicken Wing

 

Bersempena kedatangan bulan Ramadhan 2014 yang bakal menjelang, Zam Burger Bakar & Western Food (ZBB) telah melancarkan menu terbaru iaitu Smoked Honey Chicken Wing di Pasar Tani UTC Jalan Hang Tuah, Melaka.

Pastinya selera di dalam bulan puasa berbeza dengan bulan-bulan lain.  Memandangkan bulan puasa (Ramadhan) adalah bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam, terutamanya dalam urusan ibadah, maka ZBB juga turut menyediakan sesuatu yang "special" untuk anda jamah dalam bulan ini. Menyediakan makanan dalam keadaan yang terbaik dan makan makanan yang halal juga merupakan salah satu ibadah dalam Islam.  

Oleh yang demikian, ZBB dari semasa ke semasa akan terus menerus menyajikan yang terbaik untuk para pelanggan yang berkunjung ke gerai ZBB di Medan Selera Pasar Tani UTC Melaka.  Anda semua dijemput untuk mendapatkan menu promosi Smoked Honey Chicken Wing serta menu-menu hebat yang lain seperti burger bakar, chicken chop dan lamb chop. Pastinya memenuhi selera dan keperluan pemakanan anda di bulan puasa tahun ini.




*Jika ada permintaan, ZBB akan meneruskan menu "Smoked Honey Chicken Wing" di bulan-bulan lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Internet