RSS
Showing posts with label Promosi. Show all posts
Showing posts with label Promosi. Show all posts

Promosi Disember ZBB


Sepanjang bulan Disember ini, Zam Burger Bakar & Western Food mengadakan promosi untuk pelanggan kami. 

Anda akan memperolehi set Chicken Chop beserta Jus Segar Buah-buahan (pelbagai) dengan hanya membayar RM10.00 sahaja.

Banyak lagi menu yang lazat dengan resipi dan menu enak ditawarkan di sini, khas untuk pengunjung dan penduduk negeri Melaka.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mereka sudah menikmatinya, anda bila lagi?

 

Zam Burger Bakar & Western Food (ZBB) menyajikan hidangan menu bertaraf hotel yang dibawa keluar agar lebih mesra rakyar dari segi harga tanpa mengurangkan keenakkan dan kelazatan dalam setiap kunyahan.

Sejujurnya dengan bersaksikan Allah SWT, beberapa orang pelanggan jenama terkenal yang lain, apabila merasai burger bakar dari ZBB, mereka mengatakan bahawa burger bakar di sini adalah lebih sedap, lebih terasa enaknya jika dibanding dengan jenama besar yang lain.

Berikut adalah sebahagian dari pengunjung yang telah berjaya "dijajah" selera mereka dengan produk dari ZBB :




 

  




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu Istimewa Ramadhan : Smoked Honey Chicken Wing

 

Bersempena kedatangan bulan Ramadhan 2014 yang bakal menjelang, Zam Burger Bakar & Western Food (ZBB) telah melancarkan menu terbaru iaitu Smoked Honey Chicken Wing di Pasar Tani UTC Jalan Hang Tuah, Melaka.

Pastinya selera di dalam bulan puasa berbeza dengan bulan-bulan lain.  Memandangkan bulan puasa (Ramadhan) adalah bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam, terutamanya dalam urusan ibadah, maka ZBB juga turut menyediakan sesuatu yang "special" untuk anda jamah dalam bulan ini. Menyediakan makanan dalam keadaan yang terbaik dan makan makanan yang halal juga merupakan salah satu ibadah dalam Islam.  

Oleh yang demikian, ZBB dari semasa ke semasa akan terus menerus menyajikan yang terbaik untuk para pelanggan yang berkunjung ke gerai ZBB di Medan Selera Pasar Tani UTC Melaka.  Anda semua dijemput untuk mendapatkan menu promosi Smoked Honey Chicken Wing serta menu-menu hebat yang lain seperti burger bakar, chicken chop dan lamb chop. Pastinya memenuhi selera dan keperluan pemakanan anda di bulan puasa tahun ini.




*Jika ada permintaan, ZBB akan meneruskan menu "Smoked Honey Chicken Wing" di bulan-bulan lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu terkini di Zam Burger Bakar 2014


Pada artikel kali ini, Zam Burger Bakar & Western Food memperkenalkan kepada anda menu baru yang telah berada dalam senarai dan sedia untuk dijamah dengan rakusnya...

Menu berkenaan adalah seperti berikut :

 
Chicken Chop vs Lamb Chop
(with Butter Rice)

 
Spaghetti Aglio Olio vs Spaghetti Bolognese

 
Spaghetti Seafood vs Spaghetti Carbonara

Menu ini diperkenalkan lebih awal sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadhan yang akan tiba dalam bulan Jun, khususnya untuk anda berbuka puasa atau mungkin juga bersahur dengan selera "western" yang halal.  Hanya terdapat di ZBB, Pasar Tani UTC Melaka!





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ZBB berada di IPMA Race 2013

 

Zam Burger Bakar & Western Foods berada di IPMA Race 2013 yang dijalankan dari 3 hingga 6 Oktober 2013, bertempat di Melaka International Motorsport Circuit, Ayer Keroh, Melaka. 

IPMA bermaksud "Institut Pendidikan MARA. Acara ini adalah melibatkan semua institusi pendidikan yang berada di bawah naungan MARA yang menjalankan kursus berkaitan automotif / kenderaan berenjin... Dalam erti kata lain, mereka membuat kenderaan go-kart sendiri dan berlumba di litar MIMC, Melaka.

Objektif pertandingan ini diadakan adalah :
  • Pertandingan cabaran berpasukan ini terdiri daripada pelajar dari IPMA iaitu KKTM, IKM, Universiti (IPTA / IPTS), institut Teknikal & Antarabangsa untuk menghasilkan, merekabentuk, membangunkan dan bersaing sesama mereka dalam perlumbaan kenderaan kecil.
  • Untuk memberi pasukan fleksibiliti dalam rekabentuk dan kebebasan untuk meluahkan kreativiti serta imaginasi mereka dengan hanya sedikit sahaja sekatan ke atas rekabentuk kenderaan secara keseluruhan.
  • Cabaran kepada pasukan untuk membangunkan kenderaan yang boleh bersaing dalam semua acara yang dinyatakan dalam peraturan IPMARace.
  • Pertandingan mereka memberi pasukan peluang untuk menunjukkan dan membuktikan bahawa tahap kreativiti dan kemahiran kejuruteraan mereka berbanding dengan pasukan dari orang lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zam Burger Bakar di UTC Melaka



Zam Burger Bakar & Western Foods (ZBB) dimiliki dan diuruskan oleh Mohammed Zamri atau lebih dikenali sebagai Zam di kalangan rakan-rakan. ZBB diniagakan sepenuh masa di Pasar Tani UTC Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka (berhampiran dengan bangunan UTC Melaka).  Pemilik ZBB adalah seorang belia Melayu yang bercita-cita tinggi dalam dunia perniagaan penyediaan makanan. Pengalaman beliau bekerja di hotel terkemuka di Melaka dan beberapa hotel di Kuala Lumpur, banyak membantu dalam melengkapkan diri sebelum berada di dalam dunia perniagaan.
Mula melibatkan diri dengan pasaran di Pasar Tani UTC Melaka sejak tahun 2012, Zam telah meletakkan sasaran untuk menjadi antara penyedia makanan berbakar dan "western foods" yang terulung di kawasan setempat dan secara umumnya di Negeri Melaka.

Waktu operasi ZBB di Pasar Tani UTC Melaka ini ialah sekitar pukul 10.00 pagi hingga pukul 10.00 ke atas.  Selain dari burger bakar yang menggunakan rencah buatan sendiri dan western foods, beliau turut menjual lain-lain makanan ringan mengikut selera setempat seperti
"mushroom soup and garlic bread, french fried, hotdog serta nugget".
  
Untuk sebarang tempahan makanan atau bagi menjemput beliau hadir membuka kios di majlis anda, Zam Burger Bakar & Western Foods boleh dihubungi di nombor telefon 017 288 enam empat tujuh satu. (penerimaan adalah berdasarkan jadual niaga beliau).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Internet