RSS

Burger Ramly : produk kebanggaan Islam


RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD adalah industri Bumiputra yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama RAMLY.

Diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato' Haji Ramly B. Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. 


Kini syarikat ini telah mempunyai kilang pemerosesan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan daripada pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama RAMLY kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan di persada antarabangsa.

Penubuhan Makmal Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly, bagi mengawal kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah memasitkan produknya adalah suci (dari pemilihan bahan mentah hingga produk siap) dan selamat untuk dimakan. Selain itu, makmal ini berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal Mikrobiologi Ramly lengkap dengan peralatan teknologi tinggi.

Zam Burger Bakar & Western Foods menjadikan Dato' Haji Ramly B. Mokni sebagai idola usahawan Melayu yang menjadi tanda aras kemajuan syarikat kami. 

Sama-samalah kita kembali kepada fitrah dan mengembelingkan bersama usaha serta tenaga dalam memperkasakan jihad ekonomi umat Islam.. Insya Allah....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 maklumbalas:

Post a Comment

Berita Internet