RSS

ZBB berada di IPMA Race 2013

 

Zam Burger Bakar & Western Foods berada di IPMA Race 2013 yang dijalankan dari 3 hingga 6 Oktober 2013, bertempat di Melaka International Motorsport Circuit, Ayer Keroh, Melaka. 

IPMA bermaksud "Institut Pendidikan MARA. Acara ini adalah melibatkan semua institusi pendidikan yang berada di bawah naungan MARA yang menjalankan kursus berkaitan automotif / kenderaan berenjin... Dalam erti kata lain, mereka membuat kenderaan go-kart sendiri dan berlumba di litar MIMC, Melaka.

Objektif pertandingan ini diadakan adalah :
  • Pertandingan cabaran berpasukan ini terdiri daripada pelajar dari IPMA iaitu KKTM, IKM, Universiti (IPTA / IPTS), institut Teknikal & Antarabangsa untuk menghasilkan, merekabentuk, membangunkan dan bersaing sesama mereka dalam perlumbaan kenderaan kecil.
  • Untuk memberi pasukan fleksibiliti dalam rekabentuk dan kebebasan untuk meluahkan kreativiti serta imaginasi mereka dengan hanya sedikit sahaja sekatan ke atas rekabentuk kenderaan secara keseluruhan.
  • Cabaran kepada pasukan untuk membangunkan kenderaan yang boleh bersaing dalam semua acara yang dinyatakan dalam peraturan IPMARace.
  • Pertandingan mereka memberi pasukan peluang untuk menunjukkan dan membuktikan bahawa tahap kreativiti dan kemahiran kejuruteraan mereka berbanding dengan pasukan dari orang lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 maklumbalas:

Post a Comment

Berita Internet