RSS

Burger Ramly : produk kebanggaan Islam


RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD adalah industri Bumiputra yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama RAMLY.

Diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato' Haji Ramly B. Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu. 


Kini syarikat ini telah mempunyai kilang pemerosesan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan daripada pengurusan, pengeluaran hinggalah ke pemasaran produk. Produk berjenama RAMLY kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan di persada antarabangsa.

Penubuhan Makmal Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly, bagi mengawal kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah memasitkan produknya adalah suci (dari pemilihan bahan mentah hingga produk siap) dan selamat untuk dimakan. Selain itu, makmal ini berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal Mikrobiologi Ramly lengkap dengan peralatan teknologi tinggi.

Zam Burger Bakar & Western Foods menjadikan Dato' Haji Ramly B. Mokni sebagai idola usahawan Melayu yang menjadi tanda aras kemajuan syarikat kami. 

Sama-samalah kita kembali kepada fitrah dan mengembelingkan bersama usaha serta tenaga dalam memperkasakan jihad ekonomi umat Islam.. Insya Allah....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu makanan di blog ZBB


Pelbagai menu terdapat di Zam Burger Bakar & Western Foods yang akan dikemaskini dan dipaparkan dalam "page" khas di blog rasmi ZBB ini. Namun atas sebab mengikut selera semasa pelanggan setempat, beberapa menu istimewa yang dahulunya ditawarkan untuk santapan pelanggan terpaksa "direhatkan".  Dan jika terdapat permintaan yang menggalakkan, maka ianya akan diwujudkan semula.

Untuk pengetahuan para pelawat blog, daging burger bakar yang digunakan adalah daging proses yang dihancurkan bersama dengan rencah resepi milik ZBB. Ianya dibuat setiap hari bagi memastikan kesegarannya dagingnya terpelihara. Ia dibakar menggunakan kaedah tradisional iaitu di atas kepanasan arang.

Antara menu yang tersedia untuk dijamah ialah :


BURGER & FAMILY


ORDINARY BURGER

Beef Burger
RM2.50


Double Beef Burger
RM4.00


Chicken Burger
RM2.70


Double Chicken Burger
RM4.50


Roti John
RM2.00


Roti John + Hot Dog 
RM3.00


Oblong
RM4.50


Benjo
RM2.00



**add : cheese            RM1.00


*********************************

GRILL BURGER

(Burger Bakar)

 
BEEF


Single Beef
RM7.00


Single Beef + Cheese
RM8.00


Double Beef
RM13.00


Double Beef + Cheese
RM15.00



CHICKEN


Single Chicken
RM8.00


Single Chicken + Cheese
RM9.00


Double Chicken
RM15.00


Double Chicken + Cheese
RM17.00



*********************************

SIDE DISHES

(hidangan sampingan)




Nugget                                              
RM2.50 (7 pcs)

Hot Dog
RM2.50 (5 pcs)

French Fries
RM2.50

Mushroom Soup
RM2.50

Toasted Bread (Roti Bakar) 
RM1.50 (1 set)
 
 
**add : Chicken egg (Telur)            RM1.00


Bagi yang baru mengenali Zam Burger Bakar & Western Foods, kami berada di tapak Pasar Tani UTC Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka setiap hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 malam (jika ramai yang datang, waktu perniagaan dilanjutkan).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zam Burger Bakar di UTC Melaka



Zam Burger Bakar & Western Foods (ZBB) dimiliki dan diuruskan oleh Mohammed Zamri atau lebih dikenali sebagai Zam di kalangan rakan-rakan. ZBB diniagakan sepenuh masa di Pasar Tani UTC Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka (berhampiran dengan bangunan UTC Melaka).  Pemilik ZBB adalah seorang belia Melayu yang bercita-cita tinggi dalam dunia perniagaan penyediaan makanan. Pengalaman beliau bekerja di hotel terkemuka di Melaka dan beberapa hotel di Kuala Lumpur, banyak membantu dalam melengkapkan diri sebelum berada di dalam dunia perniagaan.
Mula melibatkan diri dengan pasaran di Pasar Tani UTC Melaka sejak tahun 2012, Zam telah meletakkan sasaran untuk menjadi antara penyedia makanan berbakar dan "western foods" yang terulung di kawasan setempat dan secara umumnya di Negeri Melaka.

Waktu operasi ZBB di Pasar Tani UTC Melaka ini ialah sekitar pukul 10.00 pagi hingga pukul 10.00 ke atas.  Selain dari burger bakar yang menggunakan rencah buatan sendiri dan western foods, beliau turut menjual lain-lain makanan ringan mengikut selera setempat seperti
"mushroom soup and garlic bread, french fried, hotdog serta nugget".
  
Untuk sebarang tempahan makanan atau bagi menjemput beliau hadir membuka kios di majlis anda, Zam Burger Bakar & Western Foods boleh dihubungi di nombor telefon 017 288 enam empat tujuh satu. (penerimaan adalah berdasarkan jadual niaga beliau).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berita Internet